shahril's FotoPage

By: Badan Kesenian Tentera Darat OTD

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 29-Jul-2009 15:57 Email | Share | | Bookmark
road show BKTD di kuala terengganu..(sori gambar tak banyak la)

pada 21 julai yang lepas..BKTD telah bergerak ke kuala terengganu untuk melaksanakan program road shownya..selama tiga hari berturut-turut BKTD telah membuat persembahannya di pantai batu buruk kuala terengganu iaitu pada 23, 24, 25 julai 2009..
disebabkan terlalu sibuk, saya tak dapat mengambil gambar yang banyak..maybe ini je la untuk kali ni ok....


OC dan mad zain sedang menunggu masa untuk makan yang telah disediakan pihak keluarga kpl rahmat..


pada hari pertama..keluarga kpl rahmat telah menjamu kami dengan pelbagai masakan kampung untuk kami nikmati bagi makan tengah hari..thank's to pakcik dan makcik..
we love you all...

ayah kpl rahmat sedang sibuk menyediakan makanan..cayalah pakcik

masing-masing dah kenyang..ape lagi..cari port la..hehehe...


walaupun cuaca agak panas..tapi rozee dan lurkis sempat lagi bergurau sambil diperhatikan oleh rahman dan kpl nazri..

siape sangka..orang yang selama ni bermain tenor saxaphone bole menyanyi..(cayalah bro) walaupun mukanya pernah terkena serpihan grenade..tapi itu bukanlah jadi penghalang bagi sahabat kita ni...

hidup ehsan....


sori..terpaksa amik gambar dari belakang...


cik roslin tetap dengan wajahnya yang suka senyum...

memang seronok kami berada kat sana selama hampir seminggu..badan memang letih..tapi boleh dikatakan semuanya puas hati la..(agaknya la kot)
pada sebelah malam pula..ada diantara mereka yang sempat ronda-ronda pusing bandar kuala terengganu...


izat, ehsan, udin dan rahman pengalaman melihat bandar kuala terengganu waktu malam memang tak dapat dilupakan...

setelah semuanya berjalan dengan lancar..tibalah saat kami untuk meninggalkan bandaraya yang memang cukup dikenali di malaysia itu..seperti biasa kenangan di bandar kuala terengganu memang tak dapat dilupakan...dan ucapan terima kasih kami untuk keluarga kpl rahmat dapat kami laksanakan pada hari terakhir persembahan kami...

OC menyampaikan cenderahati kepada ayah kpl rahmat...

sepanjang perjalanan nak ke kuala lumpur..punya la banyak berhenti..sabar je la..
dalam 7-8 kali ade la kot..memang letih..

semuanya memang dah letih..asal berhenti je mesti makan..tu yang semua jadi ular sawa tu..hehehe...sampai di sini dulu la ye..nak tgk gambar lagi..??
kite tunggu road show BKTD yang akan datang nanti ye..adios..chow.


Saturday, 9-May-2009 13:08 Email | Share | | Bookmark
majlis pertunangan md zain dan ikin..tarikh sebenar(28 feb 2009)

 
 
 
View all 15 photos...
alhamdulilah...kedua-dua sahabat kita iaitu mad zain dan syikin telah selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka (28 febuary 2009)
atas persetujuan mereka,dapatlah kita sama-sama melihat sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakam sekitar majlis tersebut berlangsung....


selamat bertunang...

antara hantaran-hantaran yang dihias cantik...





dengan kehadiran kawan-kawan dan keluarga dari pihak lelaki membuatkan majlis tersebut bertambah meriah...


ramai tetamu yang datang..ni baru tunang belum kawin lg...
(kelihatan meng dan fazlin sedang makan tanpa menghiraukan orang lain... )


antara kawan-kawan dan ahli keluarga yang turut sama memeriahkan lagi majlis tersebut..

kepada mad zain dan ikin..kami warga BKTD mengucapkan selamat bertunang jangan lupe jemput masa nak kawin nanti...
(kalau tak jemput,aku nak masuk perut batu belah batu bertangkup)



memang best la mama dan papa ni...hehehehe..

p/s..banyak lagi gambar yang korang semua boleh tengok..hanya clik je kat "view all photo" yang terdapat dibawah tajuk besar ruangan mad zain dan ikin ini...adios.


Thursday, 30-Apr-2009 14:48 Email | Share | | Bookmark
budak-budak BKTD jadi juri AF..??? layannnnn.......

kuala lumpur....
izat, zul dan kamarudin adalah 3 anggota BKTD yang bertuah kerana telah terpilih untuk memasuki ruang dewan seri putra (bukit jalil) secara percuma..


keadaan dewan yang kosong

kamarudin ketika ditemui berkata, ketiga-tiga mereka merasa amat seronok dan teruja bila berada didewan tersebut.Beliau menambah lagi "ini adalah pengalaman yang tidak dapat kami lupakan"..


zul..bangga dapat berdiri di pentas AF..

dari laporan yang kami perolehi, meraka nampak begitu seronok dapat berada di situ...


izat..pengalaman pertama berada di dewan seri putra.

meraka juga diberi peluang untuk memberi kata-kata semangat kepada pelajar AF yang sedang sibuk membuat reasel untuk kopnsert sabtu ini..


izat..memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar AF.

kami tidak dibenarkan mengambil gambar pelajar-pelajar atas faktor dan sebab-sebab tertentu...


zul..cuba menyakat aishah (pelajar AF) sambil diperhatikan oleh izat..

demikian pengalaman yang dapat kita kongsi bersama oleh mereka bertiga...BERNAMA.
P/S...gambar pelajar-pelajar AF tidak dapat kami siarkan, jika anda ingin tahu mengenai AF7..sila layari www.astro.com.


Saturday, 25-Apr-2009 20:21 Email | Share | | Bookmark
majlis perkahwinan kpl nur alia farisha dengan pasangannya zaidi

alhamdulilah.....
terbina satu lagi masjid,kpl nur alia farisha dengan pasangan pilihan hatinya zaidi telah selamat diijab kabulkan..


hmm..memang sepadan..

pagi tadi dengan mata yang mengantuk (sebab balik pukul 5 pagi dari danau kota) kami membuat persiapan untuk ke majlis perkahwinan mereka berdua...


memeng berseri-seri kpl alia ni bile dah dimakeup..
dapatkan khidmat dari butik pengantin (CBH) untuk pelbagai jenis barangan pengantin dan makeup...0173410094(coco) 0126172640(badar)
0172255763(sham loo) tukang makeup....


kpl alia bersama ibu tercinta...walaupun sering berjauhan..kasih ibu tetap
terpahat dalam hati..


sekali tengok macam waheeda pun ade jugak..


yang tu rambut betul ke..??

apa-apa pun..kami dari warga BKTD mengucapkan selamat pengantin baru buat kpl alia dan pasangannya zaidi..semoga berbahagia sehingga keakhir hayat...amin.


warna hijau membuatkan mereka berdua nampak sepadan,secocok,berseri-seri dan macam-macam lagi la.


suasana pelamin yang meriah dengan bunga-bunga..memang best.


Thursday, 23-Apr-2009 01:47 Email | Share | | Bookmark
pertandingan memancing BKTD (lokasi belakang zoo negara)


alam..sedang menyetting jorannye....


iwan...sempat membute...


alam..satu-satunye bayi sihat dalam BKTD...


aik...ni tido ke ape ni..??hehehe...


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net